Sinopsis Misi: 1511

Filem Misi 1511 merupakan sebuah filem aksi komedi yang diarah oleh Ir Young Jawahir. Filem Misi 1511 mengisahkan persaingan di antara dua orang pakar saintis bernama Kamal Hanafi (Rico Tampathy) dan Johan (Adjie Pengestu) yang beradu menerusi sebuah pertandingan sains. Kamal berjaya menjadi juara lantas menjadi seorang perisik yang tersohor di Malaysia. Manakala, Johan yang terlalu kecewa dengan kekalahannya terus berubah menjadi jahat.

Malangnya keluarganya menjadi mangsa dan dibunuh dengan kejamnya di hadapan matanya sendiri. Ini mengakibatkan Kamal meletak jawatan daripada Agensi Penyiasat Rahsia. Kamal kemudiannya bertunang kepada anak seorang ahli perniagaan tersohor, Camelia (Siti Shahrizah atau Eja). Pada suatu hari, bapa Camelia iaitu Datuk Mahfuz (M.Rajoli) diculik oleh kumpulan yang diketuai Johan dan mereka menuntut RM 5 juta untuk membebaskannya. Kamal kemudian berusaha mengalahkan Johan dari Camelia serta mengebom bangunan tertinggi di Malaysia dengan bantuan agensinya.